MUHAMMAD ELIAS NAIM




video
                                   ABDUL RAZAK B BAHAROM DAN
                         MUHAMMAD ELIAS NAIM



KERAJAAN MELAYU KEDAH

KERAJAAN ISLAM MELAYU,KERAJAAN MELAYU ISLAM KEDAH DARULAMAN


Di sini kita tidak membicarakan soal ibu atau bapa...
Miskipun segala nya tak mungkin ujd tanpa kedua nya kecuali Tuhan...
ISLAM,atau apa2 yg di tentukan oleh muqaddir Nya di lauhil mahfudz...

Sebelum Al Quran di wahyukan kpd Rasul yg ummiyi itu,
terdapat 103 buah lagi kitab2 yang menjadi panduan manusia yang terdiri dari berbagai2 kaum dan keturunan nya...
Segala2 kitab2 itu di turunkan oleh Allah agar manusia mengetahui kebenaran dan asal usul nya sendiri agar mereka bersatu dan kembali ke jalan sebenar...

Begitu juga 124,313 nabi2 dan rasul2 yg terutus.
Bermula dari Nabi Adam A.S sehingga zahir nya Nabi Muhammad S.A.W. sebagai mahkota nabi2 dgn gelaran Habibillah Sayidul 'ulul Azmi...

Apakah Adam berbangsa Arab?
atau adakah ia berpangsa Parsi,Negro,Rumawi,Qibti,Siryani,Monggol, India,Cina,Turki,Siam,Proto,Negrito,Senoi,Jakun,Semang,Asli atau lain nya????

Bukan kah tidak ada bangsa2 yang berbagai2 nama ini sewaktu Adam???
Dan,yang ujud di waktu itu hanya lah bangsa yg bernama MANUSIA atau INSAN...

Yang lain nya adalah haiwan,tumbuhan,malaikat,dan jin semata2.
Malah,gulungan jin jugak tidak berpuak2.
Hanya Azazil jua yang terawal dari spesis nya.Kemudian dari nya maka ujud pula syaitan2 dan berbagai2 jenis jin.Masing2 dgn nama puak masing2 pula.

Setiap orang harus kembali pada asal usul nya sendiri.
Kerna mungkin kita berasal dari orang2 asli yg beragama paganisma yg menyembah sesuatu yang di rasakan baik mengikut perkiraan nenek moyang yang tidak bertauhid.
Atau,mungkin juga kita berasal dari keturunan Arab,Cina,India,Sepanyol. Portugis,British,Minangkabau,Burma,Siam atau sebagai nya pula...

Apakah ada di antara kita yang bertanya diri nya....
Kenapa dan bagaimana kita boleh berbangsa Melayu?
Dan,apakah ada orang kita yang mahu bertanya pada diri nya...
Darimana kah asal usul bangsaku yang bergelar Melayu ini?????

Jika di singkap huraian makna dan kupasan dari penulisan bertajuk
ISLAM ITU MELAYU,MELAYU ITU ISLAM
Akan terungkai sedikit sebanyak sejarah keujudan bangsa ini.
Namun,ia bukan lah sesuatu yang padat dengan fakta2 dan bukti
dalam menyerlahkan keujudan Bangsa yang teragung sewaktu dulu.

Seharus nya bahan2 dan bukti2 sejarah dari arkib2 yang tersimpan di pustaka bumi ini telah pun terdedah.
Jika ahli2 sejarah berusaha mengutip kembali khazanah yang berkecai2 pasti akan menampakkan kehebatan dan kegungan bangsa ini.
Kesan2 sejarah itu sengaja di selerakkan oleh penakluk2 asing yang mahu membenamkan sejarah dan tamadun agung di zaman silam.

Penghuraian tentang keujudan MELAYU itu akan dapat di singkap sepenuh nya jika seluruh warganegara ini bersatu dalam satu wadah yang penuh ilmiah.
Kembali dalam muafakat untuk mencari perdu dan akar umbi tentang bermula nya kalimah syahadat yang menjadi azimat setiap penganut Islam di negara ini....
Dan Umat Islam yang berbangga dengan agama suci ini juga harus tahu bilakan bermula nya Kalimah syahadah ini terucap.
Lalu siapa kah yang mula2 mengucap dari kalangan peribumi di dalam negara ini........

ADAKAH ISLAM ITU MELAYU???

Kebanyakan orang akan berkata Islam itu agama dan Melayu itu bangsa.
Jarang atau mungkin tiada yang akan berkata Melayu itu agama dan Islam itu bangsa.

Tapi bila kita tanya kapada orang2 itu apakah beza agama dan bangsa?
Dan apa beza bangsa dan agama?
Mungkin ada yang boleh dan ada yang tak boleh menjawap soalan itu.
Dan,mungkin yang boleh menjawab soalan itu akan menjawap nya dengan kupasan dan andaian nya sendiri.
Sedangkan kupasan dan andaian yg di beri mungkin pula berbeza2.
Menjadikan permasaalahan itu tidak menemui hakikat dan kebenaran nya.

Jadi,kita harus bermula dari titik mula untuk mempastikan yg tepat dan benar dalam perkara yang di bincangkan ini untuk mencapai makna makni yang total.

Islam bermula dengan DUA KALIMAH SYAHADAH.

Orang2 yang mengucap Syahadatain itu dengan sempurna dengan syarat dan rukunnya di kira sah Islam nya.
Dan,haram lah bagi seseorang mukmin itu menumpahkan darah nya.
Malah,setiap mukmin wajib membantu nya dalam apa jua masaalah yang di hadapi nya samaada kecil atau besar sekadar yang termampu.

Tak mungkin di kira sebagai orang Islam sekira nya seseorang hamba itu tidak mahu mengucap dua kalimat tersebut.

Dan,samaada sedar atau tidak...Islam akan hilang dan lenyap dengan sendiri nya dari orang2 yang terbatal dua kalimah syahadah yang di ikrar melalui lidah,di tasdik pada hati dan yang di amalkan dengan anggota nya.

Untuk huraian panjang lebar mengenai Islam maka wajib lah bagi seseorang itu mencari dan menimba ilmu2 yang berkaitan dengan nya melalui guru yang mahir di bidang tersebut.

Tersalah pilih guru akan membawa kesan yang buruk pada agama nya sendiri.

Kerna agama itu bukan terletak dalam kitab2 atau lain nya.
Sesungguh nya agama itu terletak pada hati,lidah dan anggota setiap hamba Nya yang beriman dan beramal soleh mengikut sunnah rasulullah yang di terima melalui pewaris2 nabi yang ahli dalam bab2 nya lagi muktabar.

Maka adalah di sarankan kepada setiap individu supaya mendalami sungguh2 akan ilmu2 yang berkaitan dengan Islam supaya mereka dapat mengenal pasti sesuatu yang benar atau salah dan sesat.

Kita telah pun membincangkan tentang permulaan atau pangkal Islam itu.
Dimana,tidak akan jadi Islam jika tidak bermula dengan Syahadah.

Justeru itu,termaklum lah kepada kita bahawa Islam semesti nya Mermula dari titik pertama yakni Syahadah....
Erti nya tiada syahadah maka tiada lah Islam.
Gugur syahadah bermakna gugur Islam nya.
Cacat Syahadah bererti cacat lah Islam nya.
Batal syahadah maka terbatal lah Islam nya....

BAGAIMANA MELAYU ITU UJUD DAN APA KAITAN NYA DENGAN ISLAM?

Perbicaraan ini memerlukan perkupasan yang panjang lebar.
Kita harus tahu permulaan sejarah dan tamadun Melayu itu sendiri.

Kebanyakan ahli sejarah yang terkenal di negara ini hanya tertumpu sejarah Negeri Melaka.Kerna mereka menganggap Islam di negara ini bermula di negeri tersebut.

Adakah kita pernah terfikir kenapa Melaka tumpuan bagi kebanyakkan ahli sejarah sedangkan negeri itu hanya ujud di sekitar kurun ke 13?

Apakah tidak ada lagi negeri2 lain yang telah ujud sebelum keujudan negeri Melaka di tanah semenanjung ini?

Bukan kah sebelum Kerajaan Melaka di dirikan itu sudah pun ujud kerajaan2 yang besar yang menakluki nusantara ini dalam kurun2 sebelum nya?

Kenapa tidak di kaitkan Kerajaan Melaka tamadun2 yang terdahulu seperti Kerajaan Champa,Ayuthia,Seriwijaya,Langkasuka yang ujud sebelum Kerajaan Majapahit dan Melaka,Johor,Aceh,Siak,Kampar dan lain nya yang ujud terkemudian itu?

Apakah Ahli2 sejarah itu hanya mahu menjadikan buku2 sejarah yang yang di karang dan tersimpan di perpustakaan penjajah sebagai rojokan bagi membina ketamadunan Teragung untuk generasi masa kini?

Dalam penulisan ringkas MELAYU ITU ISLAM,ISLAM ITU MELAYU itu ada terdapat beberapa nama kerajaan tertua di nusantara ini.

Satu2 nya tanah tinggi yang ujud di pinggi laut hanya lah Gunung Jerai.
Ini menjadikan setiap pelayar dan kapal2 dari Lautan Hindi, Selat Melaka dan Laut Andaman tertumpu ke sini.

Kuala Muda,Lembah Bujang menjadi pelabuhan bebas terbuka sehingga menjadi ttumpuan pedagang2 dari seluruh dunia.

Dikaki Gunung Jerai ini lah terbina nya beberapa empayar yang telah terluput dari catitan sejarah yang sengaja di benamkan oleh penjajah2 yang pernah menguasai bumi ini bagi mengekalkan keagungan Tamadu nya sendiri.

Sebelum Tanah melayu,bumi ini  terkenal dengan nama Suvarna Bumi.
Dalam Bahasa Sanskrit bermakna Semenanjung Emas.
Diwaktu itu Raja dan rakyat nya beragama Hindu yang memakai tulisan Sanskrik.

Kemudian dari itu ujud pula Kerajaan Champa yang beragama Budha. Manakala tulisan nya masih dalam tulisan yang sama.

Bila satu kerajaan jatuh dan lenyap tamadun nya maka bangun lah Kerajaan lain yang menguasai nusantara ini.

Ayuthia dan Serivijaya juga pernah menguasai semenanjung dan nusantara ini.

Kerajaan Hindu dan Budha berkuasa silih berganti.
Tidak ada Kerajaan Islam yang pernah menguasai nusantara ini sebelum itu.

Sebelum ujud nya Kerajaan Kedah Darulaman,negeri ini adalah di bawah  Jajahan takluk Kerajaan Langkasuka Nagara yang menguasai seluruh Asia Tenggara yang dulu nya di sebut sebagai Nusantara.

Langkasuka Nagara menjadikan Daerah Kota Kuala Muda itu sebagai pusat pemerintahan nya.

Bermula dari Raja Merong Maha Wangsa,Langkasuka terus maju dan berkuasa.Jajahan takluk makin luas kerna pelabuhan dan pusat perniagaan yang pesat dagangan nya.

Raja Merong Maha Pudisat mengganti kan bapa nya memerintah bila Raja itu mati.
Baginda menyambung pentadbiran Langkasika yang kian maju dan terkenal.
Pedagang dari berbagai2 benua menyeberangi lautan untuk datang berniaga di sini.
Sehingga ada yang terus tinggal dan bermastautin dengan berkahwin dengan rakyat tempatan.
Langkasuka menjadi kerajaan yang paling pesat dan makmur di waktu itu.

Sampai waktu, Raja Merong Maha Pudisat pula yang mati.Maka anak nya yang bernama Pra Ong Maha Pudisat mengambil alih pemerentahan empayar itu.
Kerajaan yang berkembang menjadi lebih ramai penduduk nya.
Berbagai2 bangsa datang dari segenap pelusuk bumi.
Masing2 membawa cara hidup dan agama nya sendiri.

Sesungguh nya,segala kemajuan yang ujud di nusantara ini berkembang sejak kurun ke 10 masihi.

Fakta2 dan bukti2 sejarah yang sekian lama terpendam itu dapat di buktikan dengan kesan2 yang dapat di gali untuk di saksikan oleh mata kepala kita di hari ini.

Apakah kita tidak pernah terfikir bagaimana keadaan di barat sewaktu itu.
Mungkinkah di sana belum ada manusia yang tahu memakai kasut atau baju.
Mungkin juga mereka di sana masih berada di zaman gelap.
Kerna ada ahli sejarah yang mengatakan bahawa Tamadun Barat bermula di sekitar Kurun Ke 14 Masihi.

Semua orang tahu bahawa sejarah Melaka yang di agungkan itu hanya berlaku di sekitar Kurun ke 13.
Parameswara Yang beragama Hindu telah lari dari Palembang yang di serang oleh Majapahit.
Setelah mendirikan negeri Melaka,Parameswara memeluk Islam.
Baginda menukar nama nya kepada Raja Iskandar Shah.
Kerajaan Melaka berkembang baik hingga terkenal di Asia.
Sehingga Sultan Mansur Syah berkahwin dengan Puteri Hang Li Po.
Melaka akhir nya kecundang di bawah pedang2 dan senapang Portugis. 1511 menjadi titik akhir kegemilangan Empayar Melaka.

Betapa jauh jarak nya masa yang terjadi antara sejarah Kedah dan Melaka itu.
Tetapi mengapa kita masih mengagung2kan sejarah baru ini sehingga membenamkan sejarah yang lebih agung bertamadun?

BERMULA NYA ISLAM DAN MELAYU DI KEDAH DARULAMAN.

Islam Bermula di Kedah Darulaman.
Raja Pra Ong Maha Pudisat yang membina tamadun akhir Langkasuka telah mangkat.
Anak nya Pra Ong Maha Wangsa telah mengantikan takhta kerajaan Langkasuka Nagara yang pesat dan makmur.
Ibu Kota Langkasuka penuh dengan keseronokan dan keriangan yang berbagai2.
Siang Malam penuh hiburan yang mengasyikan.
Rakyat nya yang terdiri dari berbagai bangsa dan kaum itu di lingkungi oleh berbagai2 kemeriahan siang dan malam nya.
Berbagai maksiat menjadi resam hidup seharian di kota ini.

Raja Pra Ong Maha Wangsa juga tak terkecuali.
Baginda juga sentiasa di kelilingi oleh berbagai hiburan yang lebih hebat dari rakyat jelata.
Arak dan wanita2 menjadi satu perkara yang biasa di istana.
Mewah dengan segala juadah yang tidak di jamah itu tidak pernah di hitung akan halal dan haram nya.

Segala macam agama dan adat resam ujud di sini.
Tidak ada hukum yang yang melarang atau menegah segala perbuatan dan lakuan penduduk2 yang bermastautin di situ.

Setiap sesuatu berlaku dengan takdir.

Syeikh Abdullah Al Qumairy Al Yamani datang Dari Baghdad ke Langkasuka.
Beliau adalah murid dan utusan Sultan Wali Syeikh Abd Qadir Al Jilani.
Di tugaskan oleh guru nya untuk misi dakwah di Nusantara ini.
Dengan Sebelas Sahabat yang lain mereka berjaya mengunjungi Raja Pra Ong Maha Wangsa dalam istana nya.
Selelah menyampaikan dakwah,raja itu berjaya di yakinkan.
Ucapan Dua Kalimah Syahadah telah memasuki diri sang raja.
Lalu baginda menganut Islam.
Ditukarkan nama manjadi Sultan Muzafar Syah.

Sebelum ini,hanya raja2 yang memerintah negeri.
Baginda lah yang pertama2 nya di nobatkan gelaran SULTAN.
Lalu di tukar nama kerajaan Langkasuka kepada KEDAH DARULAMAN.

Setelah menganut Islam,
Baginda Sultan menitahkan segala pembesar negeri nya untuk menerima Agama Islam itu.
Seluruh rakyat mengikuti nya memeluk Islam yang suci melalui ucapan
Dua Kalimah Syahadah yang mulia.
Akhir nya seluruh penduduk Kedah Darulaman menjadi Islam.
Bangsa dan kaum yang berbagai2 itu di satukan dengan nama MELAYU.
Yang di ertikan sebagai MANUSIA AGUNG.
Sejak itu nama Melayu jadi terkenal.
Orang2 yang tidak mengucap Dua Kalimah Syahadah tidak layak di gelar Melayu.
Mereka terus kekal dengan gelaran kaum nya yang di panggil DURBAR DURBAR.

Kita harus fikir kenapa kita menggunakan tulisan JAWI.
Sedangkan lain nya menggunakan tulisan sendiri.

Jika kita perhatikan tulisan itu adalah seperti tulisan dan huruf2 Arab yang jelas terdapat dalam AlQuran.
Cuma ada beberapa huruf yang di tambah untuk memenuhi dialek Bahasa Daerah yg terdapat di sisni.
Ulama Tanah Jawi mengatakan huruf2 Al Quran itu sebagai Jawi Qadim.
Manakala huruf Melayu di sebut sebagai Jawi Jaddid...


Untuk penjelasan lebih lanjut Mengenai hal ini maka sila rojok buku PEMUDA TAUHID dan MENGENAL TUHAN YANG BERNAMA ALLAH...

SEKIAN...WALLAHU A'LAM

MERENDAHDIRI KEPADA PENGIKUT2 MU DARI ORANG YANG BERIMAN

Dan hendaklah engkau merendah diri kepada pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman. (asy-Syu'ara: 215 )





Seorang pemimpin yang hebat adalah pemimpin yang menjalankan tugas kepimpinannya berdasarkan nilai-nilai yang ditetapkan oleh syarak bagi menjamin kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat.

Seorang pemimpin dilarang berlaku zalim kepada rakyat bawahannya bahkan hendaklah sentiasa merendah diri dan melayan mereka dengan baik dan berlemah lembut.


Pemimpin yang zalim dan mengamalkan sikap kuku besi hanya akan menambah kebencian di kalangan rakyat jelata.


Apabila pemimpin merendah diri, mereka pasti dapat menawan hati para pengikut dan orang bawahannya. Dengan ini, tugas menyeru mereka ke arah kebaikan dan usaha-usaha bagi mengukuhkan keimanan menjadi semakin mudah.

Bagi orang-orang bukan Islam pula, mereka mudah tertarik dengan ciri kepimpinan yang ditonjolkan itu dan akhirnya mudah untuk patuh kepada arahan pemimpin mereka.


Dengan ini tali persaudaraan dan hubungan kemasyarakatan semakin kukuh. Seterusnya mewujudkan sebuah negara yang aman dan makmur.










Kesimpulan










Sifat merendah diri adalah amalan mulia dan patut diamalkan walaupun oleh mereka yang bergelar pemimpin.










Pemimpin yang baik hendaklah sentiasa merendah diri kepada rakyat bawahannya bukan bersikap sombong dan mementingkan diri sendiri. Dengan ini mereka akan disegani oleh rakyat kerana tertarik dengan penampilan pemimpin seperti ini.

PENCINTA ILMU

Pencinta Ilmu


Jika ingin berjaya di dunia, tuntutlah ilmu... Jika ingin berjaya di akhirat, tuntutlah ilmu.... Jika ingin berjaya kedua-duanya, tuntutlah ilmu...

Hebatnya sahabat Rasulullah.....

Assalamualaikum.....
Setelah sekian lama saya membaca dan mendengar kisah para sahabat, saya berfikir saya harus berkongsi bersama para pembaca dan isyaallah ini akan menjadi satu topik yang menarik untuk dibincangkan dan menjadi satu penunjuk arah untuk kita mencapai sesuatu yang kita inginkan...


Saidina Usman bin Affan yang diberi gelaran Zunnurain kerana mengahwini dua orang puteri Rasulullah seorang sahabat yang mempunyai personaliti yang menjadikan orang segan terhadap beliau, bukan sahaja manusia tetapi para malaikat juga. Suatu hari Rasulullah sedang berbual bersama beberapa orang sahabat antaranya Saidina Umar dan Saidina Ali, Rasulullah menarik sedikit kainnya dan tanpa disedari menampakkan sedikit paha baginda. Agak lama mereka berbual datang Saidina Usman kepada mereka, setelah Rasulullah melihat Saidina Usman datang kearah mereka maka Rasulullah pun menurunkan semula kain baginda. Para sahabat yang tadi bersama baginda pun bertanya kepada baginda "mengapa Rasulullah menurunkan kain setelah ternampak Saidina Usman" maka Rasulullah pun menjawab " aku berasa malu kepada orang yang mana para malaikat juga malu kepadanya.". Begitulah hebatnya salah seorang daripada sahabat Rasulullah yang sentiasa berdamping dengan Rasulullah sejak episod pertama Islam disebarkan...

Tetapi mengapa masih ramai pihak yang menghina dan melemparkan berbagai fitnah yang munuduh perkara yang tidak baik kepada para sahabat sedangkan para sahabatlah yang berjuang bersama-sama Rasulullah untuk menyebarkan agama Allah.